Siapa yang tak kenal bumi Sekinchan dan Sungai Besar yang hijau mendamaikan. Suasana yang tenang dan kaya dengan hasil makanan laut dan sawah padi yang terbentang luas. Kedatangan ke sini akan membuatkan kita ingin lagi datang buat kali ke dua dan seterusnya. Pemandangan yang indah seperti berada di kampung halaman. Ianya tidak jauh dari Kuala Lumpur. Mengambil masa 2 jam untuk ke sini dari Kuala Lumpur. Bagi kami yang tinggal di Sungai Buloh kawasan ini tidaklah berapa jauh. Ianya hanya mengambil masa 1 jam.
Kawasan ini sesuai sangat untuk kita membawa keluarga bercuti. Terdapat beberapa chalet di sekitar sawah padi. Tetapi bagi kami yang tinggal berdekatan, kami hanya pergi balik hari sahaja. Aktiviti kami jalan-jalan cari makan dan berjalan-jalan di kawasan sekitar Sekinchan.
Antara tempat yang famous ialah Restoran Faridah Mentarang. Di sini apa lagi makanan special ialah mentarang. Pertama kali makan mentarang ni memang sedap. Mentarang ni pula dimasak secara bakar dan ada juga mentarang masak lemak. Mak ooii kalau mak mertua lalu pun tak sedar. Memang sedap sangat. Mentarang bakar itu pula makan bersama sos yang disediakan.