Thursday, July 14, 2022

SUNGAI SENDAT BATANG KALI, SELANGOR

Kawasan Batang Kali memang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Selangor. Tetapi masih ramai yang tidak tahu yang di sini kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti air sungai dan air terjun. Memang mendamaikan dan tenang bila berada di kawasan tersebut. Tambahan pula hutan yang menghijau dan suasana yang tenang membuatkan kita tenang beryada di sini. Batang Kali terletak di dalam daerah Hulu Selangor. Ada satu sungai yang menarik di sini iaitu Sungai Sendat. Di sini juga terletaknya Taman Eko Rimba yang cantik dan menghijau. Bukan itu sahaja, di kawasan ini juga terdapat chalet yang diberi nama Rimbunan Chalet Sungai Sendat yang terletak tidak berapa jauh dari Taman Eko tersebut. 

Kami bergerak dari Sungai Buloh ke sini mengambil masa 50-60 minit. Tidaklah susah untuk mencari tempat ini. Taip sahaja Taman Eko Rimba Sungai Sendat di google maps. Ianya akan membantu kita menuju ke tempat ini.




Air sungai memang sejuk. Kami hanya masuk mandi di kawasan sungai ni sebab kereta memang parking di chalet. Selain mandi boleh juga sewa wakaf yang disediakan untuk lepak-lepak sambil berehat dan makan-makan. 


Di tepi-tepi sungai ini ramai yang berkhemah. Ada bayaran tertentu dikenakan untuk masuk di kawasan tepi sungai ini. Bayaran itu berdasarkan parking kereta di kawasan situ, mandi ataupun berkhemah. Rasanya bayaran yang dikenakan bermula dari RM5 ke RM20 mengikut situasi tadi.

Yang ini bahagian sungainya tidak dalam. Boleh bawa anak-anak mandi di kawasan sini.

Selesai mandi sungai kami balik semula ke chalet. Cantik Rimbunan Chalet ini. Cumanya di sini line phone susah sikit. Ada kawasan tertentu yang ada line. Pandai-pandailah kena cari. Tapi kalau hendakkan ketenangan memang di sini sesuai sangat.

Cantik biliknya. Bilik ini hanya muat untuk 2 -3 orang. Harga dalam RM180.00 semalam.

Toilet dan pantry.

Luar chalet.

Tenang dan nyaman

Pandangan luar cafe

Pandangan dari lobi cafe.

Besar cafe.

Cafeteria

Menuju ke Taman Eko Rimba

Keseluruhannya enjoy this trip sambil jalan-jalan cari makan. 

SEKIAN. 
TERIMA KASIH

4 JULAI 2022 ⛳ SUNGAI SENDAT BATANG KALI, SELANGOR







 

Friday, June 24, 2022

SEKINCHAN DAN SUNGAI BESAR

Siapa yang tak kenal bumi Sekinchan dan Sungai Besar yang hijau mendamaikan. Suasana yang tenang dan kaya dengan hasil makanan laut dan sawah padi yang terbentang luas. Kedatangan ke sini akan membuatkan kita ingin lagi datang buat kali ke dua dan seterusnya. Pemandangan yang indah seperti berada di kampung halaman. Ianya tidak jauh dari Kuala Lumpur. Mengambil masa 2 jam untuk ke sini dari Kuala Lumpur. Bagi kami yang tinggal di Sungai Buloh kawasan ini tidaklah berapa jauh. Ianya hanya mengambil masa 1 jam. 

Kawasan ini sesuai sangat untuk kita membawa keluarga bercuti. Terdapat beberapa chalet di sekitar sawah padi. Tetapi bagi kami yang tinggal berdekatan, kami hanya pergi balik hari sahaja. Aktiviti kami jalan-jalan cari makan dan berjalan-jalan di kawasan sekitar Sekinchan.

Antara tempat yang famous ialah Restoran Faridah Mentarang. Di sini apa lagi makanan special ialah mentarang. Pertama kali makan mentarang ni memang sedap. Mentarang ni pula dimasak secara bakar dan ada juga mentarang masak lemak. Mak ooii kalau mak mertua lalu pun tak sedar. Memang sedap sangat. Mentarang bakar itu pula makan bersama sos yang disediakan.

Inilah mentarang. 

Asam pedas dan kerang pun ada.

Sotong goreng tepung.

Ini kedudukan Restoran Faridah Mentarang. Boleh cari di google map je.




Selepas aktiviti makan-makan kami ke Laman Tebu Adli pula yang terletak di Sungai Besar. Lebih kurang 15-20 minit dari Sekinchan. Di sini banyak tebu ditanam dan juga boleh menikmati air tebu yang segar.






Kalau ke Sekinchan jangan lupa ke sawah padi yang terletak di Sungai Besar. Memang famous sawah padi ni. Cantik sangat saujana mata memandang. 



Jangan terjatuh pula di tali air tu.

Oklah sampai sini dulu saja. Nanti kita sambung lagi untuk versi Sekinchan yang lain. Bye bye.












Thursday, June 16, 2022

STAYCATION DAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR

Rancangnya nak pergi bercuti-cuti Malaysia masa cuti sekolah tempoh hari. Tapi memandangkan jammed sana sini terpaksalah batalkan hajat. Makanya ambil keputusan bercuti di KL sahaja. Kebetulan juga pada masa itu ada Pesta Buku Antarabangsa KL. Kita tempah hotel yang berdekatan dengan WTCKL iaitu Hotel Sunway Putra. Memang ramai sangat orang masa Pesta buku tu. Selesai bawa anak-anak pergi Pesta Buku barulah sebelah petangnya check in hotel.

Check in hari Isnin 6hb June. Sangat cepat dan laju saja check in masa tu. Reservation baik dan ramah. Tak lama sangat check in. Check in di tingkat 8. Dapat bilik di tingkat 13. Tinggi dan nampaklah jiran sebelah WTCKL dan Hotel Seri Pacific. Sebenarnya kedudukan hotel ni sangat strategik. Hotel ni bersambung sekali dengan Sunway Putra Mall. Nak shopping dan nak cari makan turun je melalui lift dan akan terus ke tingkat 4 Sunway Mall. 


Gambar-gambar di Pesta Buku Antarabangsa KL




Gambar-gambar di Hotel Sunway Putra

Pintu Masuk hotel

Kolam renang ada kanak-kanak dan dewasa

Coffee house hotel. Kita breakfast sini dulu. makanan sangat sedap dan banyak pilihan makanan. Akan repeat lagi.

Dalam coffee house. Cantik dan moden. Suka tengok interior hotel kalau pergi mana-mana hotel pun. Sangat warm dan selesa.

Bilik pun cantik. katil ni dah kena duduk dah. Kemas sebab nak tangkap gambar. Sebenarnya lagi kemas dari ini.

Ada bahagian ruangan meja tulis. Memang luas bilik ni.

Sofa pun ada. Boleh lepak-lepak. Nak baring pun boleh.

Rest room besar, cantik dan bersih.

Rest room

Ni dalam Sunway Mall. Kita dinner di Onde Onde. Makanan sedap dan banyak pilihan. 

Antara menu di Onde Onde










SUNGAI SENDAT BATANG KALI, SELANGOR

Kawasan Batang Kali memang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Selangor. Tetapi masih ramai yang tidak tahu yang di sini kaya dengan k...