Kawasan Batang Kali memang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Selangor. Tetapi masih ramai yang tidak tahu yang di sini kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti air sungai dan air terjun. Memang mendamaikan dan tenang bila berada di kawasan tersebut. Tambahan pula hutan yang menghijau dan suasana yang tenang membuatkan kita tenang beryada di sini. Batang Kali terletak di dalam daerah Hulu Selangor. Ada satu sungai yang menarik di sini iaitu Sungai Sendat. Di sini juga terletaknya Taman Eko Rimba yang cantik dan menghijau. Bukan itu sahaja, di kawasan ini juga terdapat chalet yang diberi nama Rimbunan Chalet Sungai Sendat yang terletak tidak berapa jauh dari Taman Eko tersebut.
Kami bergerak dari Sungai Buloh ke sini mengambil masa 50-60 minit. Tidaklah susah untuk mencari tempat ini. Taip sahaja Taman Eko Rimba Sungai Sendat di google maps. Ianya akan membantu kita menuju ke tempat ini.